Sabtu, 24 Oktober 2009

Rakyat bersatu dalam 1 Malaysia

Rakyat bersatu dalam 1 MALAYSIA
Rakyat Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama mesti menganggap mereka sebagai satu bangsa Malaysia yang dinamik dan bersatu. Konsep 1 Malaysia merupakan satu gagasan yang beraspirasi memupuk perpaduan di kalangan penduduk Malaysia yang berlatarkan majmuk, berteras beberapa nilai dan budaya yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia dan gagasan 1 Malaysia kekal menjunjung semua teras sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.Konsep 1 Malaysia ini diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan langkah yang bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Definisi
Konsep 1Malaysia menurut penjelasan Perdana Menteri:
“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Kita mengambil tindakan berdasarkan kehendak dan keperluan semua kumpulan etnik dalam negara kita; ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara adil dan memberi pertimbangan kepada golongan bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :
1. Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.
Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.
Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2. Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.


Matlamat
‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA
Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:
1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza”.
2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.


KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU
Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.
Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

PENGISIAN DI BIDANG PENDIDIKAN

Sebagai ahli akademik, Prof Rohaty melihat pendidikan ialah ejen perubahan yang amat penting kerana kanak-kanak belajar bersosial di sekolah.

Beliau berpendapat falsafah dan dasar perlulah jelas kerana ia akan mempengaruhi pelaksanaannya.

Menurut beliau, 1Malaysia perlu dilihat bersama-sama dengan falsafah yang sedia ada seperti Rukunegara, Falsafah Pendidikan Negara, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan lain-lain.

(1Malaysia memberi penekanan kepada lapan nilai -- budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti)

"Pada saya, nilai-nilai ini perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti ko-kurikulum.

Walaupun bukan baru, ia perlu diberi perhatian bersungguh-sungguh. Ia perlu dijadikan teras kurikulum serta diukur dari segi hasil pembelajaran baik di sekolah atau di universiti.

Bagaimanakah nilai ini boleh dijayakan?, Prof Rohaty mencadangkan pakar -pakar pendidikan mengubah pendekatan pendidikan supaya nilai-nilai ini terserlah dan diakui penting.

"Contohnya tugasan akademik di universiti perlu ada elemen kesungguhan dari segi teori, cara menulis dan membincangkan sesuatu isu. Selain itu, integriti diukur melalui tingkah laku individu yang terlibat.

MENGUBAH PANDANGAN SKEPTIKAL

Kejayaan sesuatu perubahan terletak kepada penerimaannya.

Dalam psikologi perubahan, akan ada individu yang berfikiran pesimis dan hanya melihat kepada rintangan sahaja. Ia boleh mempengaruhi individu lain.

"Perpaduan bukan cerita baru yang tidak diketahui. Berbekalkan sejarah dan teras ini saya rasa pandangan skeptikal boleh dikurangkan.

Caranya ialah mewujudkan penerimaan ke atas 1Malaysia (nilai yang dikongsi)," ulas Prof Rohaty.

"(Ini bermakna) Perlulah nilai itu diterima dan difahami manfaatnya kepada kualiti hidup, organisasi dan diri sendiri.

Saya rasa nilai-nilai ini cukup universal dan relevan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama."

Prof Rohaty menolak pendapat yang mengatakan 1Malaysia hanya gimik politik. kerana politik dan kehidupan baginya merupakan dua elemen yang tidak boleh diasingkan. Maka kewujudan 1Malaysia akan mempengaruhi sosio-pendidikan dan politik.

Baginya 1Malaysia bertujuan melanjutkan proses membina negara yang terlaksana 50 tahun lalu.

"Politik dan pendidikan saling berkaitan maka masyarakat patut berfikiran terbuka menerima nilai-nilai dan pembelajaran baru yang lebih kreatif.

"Saya fikir banyak yang perlu diperjelas dalam 1Malaysia khususnya melaksana dan menilai kejayaannya.

"Kita perlu meneliti perbezaan dan fikiran setiap warga Malaysia tentang 1Malaysia dengan hati terbuka dan mencari permuafakatan. Saya berpendapat setiap warga perlu memberikan pandangan mereka dan lebih ramai cerdik pandai dapat berbuat demikian," ulasnya.

Beliau turut melihat golongan pelajar sekolah sebagai sasaran: "Kanak kanak adalah golongan yang paling terbuka fikiran mereka. Individu dewasalah yang boleh meracun fikiran mereka. Oleh itu nilai tersebut perlu diterapkan sejak tadika lagi."


http://www.1malaysia.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1015&Itemid=56&lang=bm 14 OKT 2009
Baca Selanjutnya... - Rakyat bersatu dalam 1 Malaysia

Jumaat, 23 Oktober 2009

Sekolah Berkesan

Sekolah Berkesan
Pengenalan
Sebagaimana yang kita tahu sekolah berkesan merupakan sesuatu yang menjadi hasrat banyak pentadbir sekolah dan juga masyarakat. Kebanyakan isu sekolah berkesan adalah mengaitkan sekolah dengan pencapaian akademik. Ia adalah kerana di negara kita Malaysia kini, sekolah berkesan banyak diukur melalui pencapaian peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM Adakah sekolah berkesan hanya berkaitan dengan pencapaian akademik sahaja? Dialog di atas secara langsung menunjukkan bahawa keberkesanan sekolah diukur dari segi pencapaian akademik. Pada hakikatnya sesebuah sekolah berkesan bukan sahaja diukur dari segi fungsinya sebagai memberi pendidikan kepada murid-murid tetapi juga ia meliputi berbagai-bagai aspek. Sekolah bukan semata-mata diujudkan untuk tujuan akademik bahkan ia juga membentuk disiplin,sahsiah,kepimpinan dan sebagainya. Usaha-usaha mencapai matlamat sekolah berkesan dapat dilihat melalui gagasan-gagasan seperti mewujudkan sekolah berkesan, Sekolah Bestarai, Sekolah Wawasan, sekolah Harapan, Sekolah Contih dan sebagainya.
Definasi Sekolah Berkesan
Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminology sekolah tempat untuk belajar dan mengajar. Manakala perkataan kesan ditakrifkan sebagai tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu.
Pengertian Sekolah Berkesan Mengikut Persepsi Yang Berbeza
Pengertian sekolah berkesan berbeza-beza kerana berbagai-bagai pihak mempunyai persepsi yang berbeza terhadap apa yang mereka kehendaki daripada sekolah. Oleh kerana itu Stoll dan Fink (1996) menegaskan bahawa untuk memberi definasi kepada keberkesanan, kita perlu memilih antara nilai yang berbeza-beza. Kajian-kajian sekolah berkesan secara khusus mendefinasikan keberkesanan sekolah melalui pembolehubah yang dianggap penting dan digunakan untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara umum terdapat dua criteria yang digunakan oleh para pengkaji untuk mengukur keberkesanan iaitu, ‘outcome’ atau ‘output’ dan proses. Levine dan Lezotte(1990) melihat sekolah berkesan dari segi hasil yang dikehendaki(outcome). Edmonds (1979) mendefinasikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari kesaksamaan(equity). Mengikut beliau keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung sehinggakan kadar bilangan anak-anak kurang beruntung yang menguasai akademik yang sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya.
Rowan(1983) pula menyarankan empat cara mengenal pasti sekolah berkesan
i) Menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai lebih daripada median kebangsaan.
ii) Analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah meningkatkan dari semasa ke sekolah.
iii) Skor yang meningkat bagi sesuatu kohort,
iv) Pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya. Menurut Sergiovanni(1987) juga mendefinasikan sekolah berkesan berasaskan peningkatan sekolah. Beliau menyenaraikan lapan kriteria untuk mengukur keberkesanan seperti berikut:
i) Peningkatan skor ujian
ii) Penigkatan dalam kehadiran
iii) Pertambahan dalam bilangan tugasan penulisan dan kerja rumah
iv) Pertambahan peruntukan masa untuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan sejarah
v) Penglibatan komuniti dan ibu bapa
vi) Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
vii) Ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar dan guru
viii) Sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa
Pengertian sekolah berkesan menurut Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)
KPM dicerminkan melalui berbagai-bagai anugerah yang diberi kepada sekolah pada peringkat negeri dan juga pada peringkat kebangsaan.Dalam konteks negara Malaysia, pengertian sekolah berkesan mestilah berlandaskan aspirasi yang termaktub dalam FPN, dan dalam Wawasan 2020. Kriteria yang digunakan adalah seperti berikut:
i) Konsep kesaksamaam dipraktikkan sepenuhnya. Ini bermakna pelajar kurang beruntung diberi peluang meningkat dalam semua aspek perkembangan melalui program pengayaan bagi mereka.
ii) Negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum. Sekolah yang berkesan secara sengaja memupuk perpaduan melalui kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, amalan-amalan yang menggalakkan rasa hormat menghormati dan kerjasama antara satu dengan yang lain.
iii) Jika terdapat kanak-kanak istimewa di sekolah, kebajikan dan perkembangan mereka yang seimbang dan interaksi sosial mereka dengan pelajar lain di sekolah perlu diberi perhatian.
iv) Sekolah memainkan peranan yang berkesan dalam melibatkan ibu bapa, bukan hanya melalui PIBG tetapi juga melalui usaha bersendirian dan berkelompok yang melibatkan guru,pelajar,ibu bapa, komuniti dan pengetua. Sekolah yang berkesan terbuka kepada cadangan dan bantuan rakan kongsinya.
v) Sekolah tidak lagi mengamalkan amalan yang membeza-beza dan melabel pelajar.
vi) Sekolah benar-benar mengamalkan konsep sekolah penyayang, iaitu guru mengambil berat tentang keperluan semua pelajar dan melibatkan mereka dalam hal-hal yang berkaitan kepentingan mereka sendiri.
vii) Sekolah menjalankan program pembaikan sekolah mengikut keperluannya dan wawasan warganya, mengikut acuannya sendiri.
viii) Sekolah yang guru-gurunya tidak berasa tertekan, malah seronok membantu menjayakannya.
ix) Sekolah yang menggalakkan muridnya menjadi kreatif, berfikiran kritikal, penyayang, mengikut ajaran agama dan mempunyai kesedaran sivik dan tinggi.
x) Sekolah yang menggalakkan budaya belajar bagi semua warganya, termasuk guru dan ibu bapa.

Ciri-Ciri Sekolah Berkesan
Kajian-kajian tentang keberkesanan sesebuah sekolah banyak dilakukan di negara-negara Barat terutama Amerika Syarikat. Dalam ‘Projek Kajian Keberkesanan Sekolah Connecticut” (shoemaker,1982),gauthier(1982) dan Villanova(1984) telah merumuskan beberapa ciri sekolah yang berkesan iaitu:
i) Persekitaran sekolah yang selamat
ii) Misi sekolah jelas dan kakitangan mempunyai tanggungjawab bersama.
iii) Hubungan sekolah dengan inu bapa yang bersifat positif.
iv) Pelajar ada hasrat meningkatkan pencapaian akademik melalui kemudahan pengajaran yang ada.
v) Mementingkan penggunaan masa
vi) Guru-guru menaruh harapan yang tinggi supaya semua pelajar mempunyai kemahiran asas yang cukup.
vii) vii) Guru mempunyai daya kepimpinan dalam pengajaran. Manakala Purkey dan Smith(1983), membuat satu kajian secara literature, dan mendapati 13 ciri sekolah berkesan. Purkey dan smith telah membahagikan 13 ini kepada dua struktur, antaranya strutur pertama terdapat sembilan cirri sekolah yang berkaitan dengan strutur organisasi , dan strutur kedua terdiri daripada empat cirri yang berkaitan dengan pembolehubah proses, yang berhubungkait pula dengan budaya dan iklim sesebuah sekolah.
Purkey dan Smith melihat strutur organisasi adalah:
i) Penekanan kepada pengurusan dan membuat secara demokkratik;
ii) Kepimpinan pengajaran yang kuat diberikan oleh guru besar atau pengetua atau guru-guru lain;
iii) Kestabilan staf;
iv) Penekanan kepada kurikulum dan pengajaran;
v) Program pembangunan staf di peringkat sekolah;
vi) Penglibatan dan sokongan ibu bapa;
vii) Pengiktirafan tentang kejayaan akademik;
viii) Penggunaan masa yang berkesan, melibatkan lebih masa kepada pelajaran akademik dan kurang kepada aktiviti-aktiviti bukan akdemik; dan
ix) Sokongan daripada pejabat pendidikan daerah.
x) Abdul Karim bin Mohd.Nor (1989) yang membuat kajian terhadap empat buah sekoalh menengah luar Bandar mendapati 12 ciri institusi yang membezakan sekolah berkesan dengan sekolah tidak berkesan.

Ciri-ciri- tersebut ialah :
i) Kemahiran kepimpinan pengetua
ii) Persepsi peranan pengetua
iii) Pengalaman sebagai pengetua
iv) Strategi pembangunan yang digunakan di sekoalh
v) Penglibatan ibu bapa
vi) Jangkaan guru terhadap pelajar
vii) Sikap guru terhadap pelajar
viii) Pandangan guru terhadap sekolah
ix) Disiplin pelajar
x) Penggunaan pusat sumber sekolah
xi) xi) Persepsi guru terhadap mandat dan arahan kerajaan, dan kepuasan guru terhadap pelajar.

Dapatan daripada kajian ini merealisasikan sekolah berkesan mempunyai iklim sekolah yang positif dari keempat-empat dimensi yang dikaji berbanding dengan sekolah yang tidak berkesan. Kajian oleh Geltener(1981) menjelaskan keberkesanan sesebuah sekolah ada kaitan dengan kepimpinan pengetua iaitu Pengetua - Ahli falsafah. Pengetua - model pendidikan PengetuaPenyokong pendidikan PengetuaRakan sependidikan dengan murid dan ibu bapa Pengetua - Orang yang memulakan perubahan pendidikan,inovasi sekolah dan action research. Kajian ini disokong oleh Sweeney(1982).
Budaya Sekolah Berkesan
Kajian-kajian sekolah berkesan telah mengenal pasti beberapa ciri-ciri budaya sekolah berkesan. Sekolah-sekolah berkesan mempunyai elemen-elemen budaya seperti berikut:
i) Nilai-nilai yang kukuh yang mendorong persekitaran yang selamat,kondusif untuk belajar dan bebas daripada masalah disiplin atau vandalisma.
ii) Jangkaan yang tinggi, terhadap tiap-tiap pelajar dan guru, kepercayaan bahawa semua orang boleh berjaya.
iii) Kepercayaan bahawa kemahiran-kemahiran asas perlu diperolehi oleh semua pelajar
iv) Kepimpinan yang kukuh dan kepercayaan kepada kepentingannya.
v) Kepercayaan bahawa sekolah boleh memupuk perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran, kurikulum ,organisasi pembelajaran dan amlan sekolah yang peka kepada keperluan pelajar pelbagai kebolehan, budaya, latar belakang sosioekonomi, dan tahap keistimewaan.
vi) Usaha yang gigih untuk menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang bukan sahaja pelajar terlibat dalam proses pembelajaran tetap guru, pentadbir, ibu bapa juga terlibat dalam pembelajaran berterusan.
Norma Sekolah Berkesan
Sekolah berkesan mempumyai norma-norma yang tertentu yang dibina oleh warganya bersaskan nilaii dan kepercayaan warganya tentang apa yang dianggap penting, dan menjadi cara hidup sekolah. Stoll dan Fink(1996) membincangkan norma-norma yang berikut:Matlamat bersama ‘kita tahu arah kita’Warga sekolah-sekolah yang berkesan mempercayai bahawa setiap anggotanya mesti memahami matlamat dan mempunyai visi yang sama terhadap apa-apa yang hendak dicapai oleh sekolah. Jika tidak wujud kesefahaman ini, maka guru akan mengejae matlamat yang masing-masing dan begitu juga pelajar.Bertanggungjawab atas kejayaan ‘kita mesti berjaya’Kepercayaan bahawa semua orang boleh menberi sumbangan dan berjaya adalah norma kedua sekolah berkesan. Pihak seklah yang berkesan mempunyai harapan yang tinggi terhadap murid dan gurunya, dan percaya bahawa sekolah boleh membantu meningkatkan pencapaian murid. Jika budaya sekolah diasaskan dengan kepercayaan bahawa factor-faktor luar seperti baka murid, dan latar belakang sodial murid mempengaruhi pencapaian mereka,maka sukarlah bagi mereka untuk berjaya. Yang penting ialah guru, murid, pentadbir dan ibubapa mempercayai bahawa sekolah boleh memainkan perananan yang meningkatkan kecemerlangan murid. Kesejawatan’kita akan bekerjasama’Kesejawatan ialah keadaan wujudnya perasaan kekitaan, bekerjasama dan tolung-menolong di kalangan warga sekolah. Pihak sekolah berkesan menggalakkan guru-gurunya melakukan kerja-kerja secara bersama melalui ‘team teaching’,kajian tindakan, merancang,memerhatikan pebgajaran antara satu sama lain, memberi tindak balas, dan sebagainya. Dengan cara ini, guru mempuntyai perasaan kekitaan dan meningkatkan kepercayaan pada diri sendiri atau rakan sekerja.Perkembangan yang berterusan’kita akan sentiasa berusaha’Pihak sekolah berkesan percaya bahawa kecemerlangan itu bukanlah suatu keadaan yang muktamad. Setiap anggota perlu berusaha untuk menjadi lebih cemerlang.Belajar seumur hihup’semua orang boleh belajarBagi sekolah berkesan, seseorang itu perlu sentiasa meningkatkan ilmu mereka. Guru-guu juga digalakkan supaya sentiasa meningkatkan ilmu dari semua segi aspek kerjanya. Mengambil risiko’kita belajar dengan mencuba sesuatu yang baru’Mencuba kaedah-kaedah baru adalah asas penting bagi sekolah yang berkesan.Pihak sekolah sanggup menghadapi risiki dengan sentiasa mencuba kaedah-kaedah baru bagi menyelesaikan masalah. Kegagalan dianggap sebagai penggerak terhadap usaha-uasa untuk mencuba kaedah-kaedah yang lain.Sokongan ‘sentiasa ada orang yang akan membantu;Menghormati satu sama lain,’tiap-tiap orang boleh menyumbang,Keterbukaan’kita boleh bincangkan perbezaan pendapat’.Merayakan dan kejenakaan’kita berasa seronok dengan diri sendiri’.
Peranan Pengetua Di Sekolah Berkesan Nilai-nilai keperibadian
Kata Mao tze Tung,seorang pemimpin yang berkesan adalah”jinak seperti kucing dan garang seperti harimau.’ Dalam konteks ini, pengetua atau guru besar yang berkesan adalah mereka yang mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Ada masanya pengetua memerlukan ciri-ciri watak dan perwatakan yang lembut dan mesra social dan ada kalanya dia memerlukan personality yang tegas dan garang. Merangka Matlamat-matlamat dan sekolah memperjelaskan matlamat-matlamat sekolah dirujuk kepada peranan guru besar dalam menentukan penumpuan pencapaian matlamat-matlamat tahunan akademik yang dirangka melalui sumber-sumber yang ada di sekolahnya.Sekolah berkesan biasanya mempunyai matlamat dan misi yang jelas dan memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik pelajar. Tenaga staf dan sumber-sumber yang lain di sekolah digemblengkan dan dijana bagi mencapai sasaran matlamat yang ditetapkan. Menyelia dan dan menilai pengajaran. Tugas utama guru besar di sekolah berkesan bertanggunjawab untuk memastikan matlamat-matlamat sekolah diterjemahkan kepada amalan pengajaran di bilik darjah oleh guru-guru. Ia dilakukan dengan memberi sokongan dan melalui penyeliaan secara tidak rasmi pengajaran guru-guru di bilik darjah.(Lipham,1981;Levine,1982)
Pemantauan Kemajuan Akademik Pelajar
Guru besar boleh memastikan kaedah yang berkesan dalam melaporkan kemajuan pelajar,menggunakan markah ujian untuk membuat keputusan tentang penyelesaian masalah pelajar di sekolah.Guru besar juga boleh menganalisis dan mentafsir data keputusan peperiksaan secara terperinci dengan guru-guru mata pelajaran dalam bentuk yang ringkas dan padat. Mengawal dan melindungi Eaktu Pengajaran Guru besar perlu mengadakan dan menguatkuasakan polisi mengawal dan melindungi waktu pengajaran di sekolah dari sebarang gangguan Selalu menjaga kesihatan di kawasan sekolah dengan memperuntukkan masa untuk membuat rondaan di bilik darjah. Intensif kepada guru Guru besar seharusnya memberi intensif atau pujian serta penghargaan kepada guru yang berhak menerimanya. Menyediakan ganjaran untuk pelajar Guru besar bertanggunjawab dalam kepimpinan pengajaran adalah untuk memajukan dan meningkatkan pembelajaran melalui pemberian ganjaran kepada pelajar dan memberangsangkan pelajar untuk lebih berusaha memajukan pencapaian akademik mereka..Guru besar berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah dan pencapaian akademik dihargai dan dipentingkan.
Peranan Guru
Guru sentiasa menambahkan ilmu, mengikutui perkembangan senasa dan menjadi medel yang terbaik kepada guru.sentiasa menyampaikan ilmu bersedia merancangkan unit-unit pengajaran, memotivasikan dan menilai murid dari semasa ke semasa. Guru harulha membimbing dan menyelesaikan masalah murid secra individu sebagai seorang kawan, ibu bapa. Guru menjadi pentadibir dan mengurus kelas untuk kemudahan pengajaran supaya pelajar menjadi disiplin.Guru juga menjadi fasilitaor supaya dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memotivasikan pelajar . Memberi peneguhan dan ganjaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru di sekolah berkesan perlu membuat penilaian yang berterusan ,baik yang berkaitan dengan akademik mahupun bukan akademik.
Peranan Pelajar
Pelajar sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah kearah mencapai pencapaian akademik yang baik. Pelajar-pelajar di sekolah berkesan mempunyai tahap disiplin yang tinggi kerana kejayaan akademik memerlukan sikap-sikap positif seperti bertanggungjawab dan rajin berusaha. Pelajar di sekolah sentiasa menyokong cita-cita sekolah khasnya memajukan perkembangan budaya sekolah baik dari segi fizikal mahupun social. Peranan Ibu Bapa Dan Masyarakat Ibu bapa di sekolah berkesan juga memiliki nilai-nilai yang seperti berikut dalam menyumbangkan ke arah pendidikan yang cemerlang. Ibu bapa bekerjasama dan selalu mengmbil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di sekoalah. Ibu bapa selalu mengawasi perkembangan anak-anak dengan berhubung dengan guru dan pihak sekolah. Ibu bapa juga sentiasa menyarankan pelbagai idea kepada pihak sekolah sekiranya ada perjumpaan rasmi dan tidak rasmi. PIBG di sekolha berkesan bergiat aktif dan menyelesaikan masalah salah laku pelajar dan membantu mencari sumber kewangan bagi pihak sekolah. Persekitaran sekolah. Kawasan sekolah yang cantik ,bersih dan menarik.Keceriaan merupakan salah satu aspek terpenting dalam sekolah berkesan. Selain bilik darjah juga amat memberangsangkan belajar dan mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kesimpulan
Sekolah berkesan mempunyai ideology yang jelas dan murni yang membandingkan organisasinya dari tekanan-tekanan luar yang kuat dan tidak dapat dipastikan. Sekolah Berkesan adalah tanggungjawab semua pihak. Pendekatam yang bersepadu dan bersinergi adalah kritikal untuk menghasilkan kecemerlangan yang diharapkan. Sekolah berkesan akan mewujudkan rentetan positif yang akan memberi manfaat kepada semua pihak. Justeru itu, semua sekolah mestilah berusaha dan istiqamah untuk melahirkan sekolah-sekolah berkesan.
BIBLIOGRAFI
Amir Hasan Dawi,1999. Penteorian Sosiologi dan Pendidkan. Tanjung Malim: Quantum Book.
Scheerens, J 1989. Effective Schooling: Research, Theory and Practise.London: Cassel.
Abdul Shukor Abdullah 1998. Fokus Pengurusan Pendidikan K.L: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sharifah Md.Nor, 2000 . Keberkesanan sekolah: Satu Perpektif Sosiologi.
Mohd.Salleh Lebar,1998 . Pengenalan Ringkasan : Sosiologi dan Pendidikan .Selangor: Thinkers Library SDN.BHD.
Baca Selanjutnya... - Sekolah Berkesan